Tuesday 27 May 2014

KENAPA KITA HIDUP ?

Sebelum memulakan coretan , ASSALAMMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca di luar sana . How are you guys ? Is it alright ? How was your holiday ? I hope that all of can spend your time wisely . 
Okay , ask yourself . KENAPA KITA HIDUP DI DUNIA NI ? BUAT APA KITA HIDUP ? Pernah terlintas atau tidak pertanyaan ini . ?okay , untuk kali ini , i will share to all of you about : TUJUAN KITA HIDUP : . 
Banyak sebab kita dipilih oleh Allah daripada berjuta-juta sperma untuk hidup di dunia ni . Dalam al-Quran ada banyak ayat yang ada menerangkan tujuan kita hidup kat dunia ni . Kita , yup kamu ... manusia yang dikurniakan akal tak macam binatang yang tiada akal dipilih oleh Alla untuk jadi seorang khalifah yang akan menyebarkan ilmu ALLAH . Insyaallah :)

Antaranya ialah :  

1) Untuk beribadah kepada Allah.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." [ Adz-Dzariyat ; 56]
Banyak ibadat yang DIA perintahkan untuk kita laksanakan . Antaranya ialah solat , puasa zakat dan sebagainya . Setiap ibadat yang kita buat adapat pahala . Tidak dinafikan manusia taknak buat ibadat sebab mereka tak nampak macam mana PAHALA yang sering disebutkan untuk balasan kebaikan.  

2 )Untuk kita menjadi khalifah.
"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hemdak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani."  [ Al-An'am ; 165]




3)Untuk kita bersujud menyembah Allah.

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."  [Al-Bayyinah ; 98]


4)Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan.

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran ; 104]

5)Allah tidak menjadikan kita sia-sia.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptsksn ksmu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?"  [al-Mukminun ; 115]

ALLAH SWT tidak menciptakan sesuatu dalam keadaan main-main tanpa sebarang hikmah dan tujuan. Kuman juga ada fungsinya. Malah, semut hitam di atas batu yang hitam pun diciptakan kerana makhluk itu ada hikmahnya tersendiri. Penciptaan setiap satu yang ada di dunia ini ada hikmahnya. Setiap satu!

Setiap sedutan dan hembusan nafas, semua dalam aturan-NYA. Apa yang pasti, kita tidak diciptakan untuk bermain-main!


Maka, apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya KAMI menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada KAMI? Maha Tinggi ALLAH, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain DIA. - al-Mukminun : 115-116 



Setakat itu sahaja yang dapat dikongsikan . harap kita dapat hidup dengan bertujuan antara di atas . Di akhir kata , maafkanlah kesalahan orang dan meminta maaf :)

Fi hifzillah sayang.Jaga iman comel-comel.