Thursday 30 April 2015

suri rumah

Assalammualaikum dan salam sejahtera . Alhamdulillah di hari jumaat yang mulia .masih diberi peluang untuk bertaubat kepadaMu. Im sha Allah .SubhanAllah .

Okk hari ini nak share pasal suri rumah. Takkan tak tahu apa maksud suri rumah tukan. Ramai orang cakap suri rumah takde buat apa2 . duduk rumah . Jaga rumah . Hello .Aku tak suka orang label suri rumah ni pemalas .

Cuba lahh kau alami kehidupan jadi suri rumah. Sehari je taklama. hang tahu tak suri rumah buat apa je kat rumah. Kalau kau hayati kerja2 yang dilakukan oleh suri rumah . Aku yakin kau mesti tak larat. Kalau baru dapat kerja kau terus minta resign. Tu pun kalau jenis orang tak sabar.

Selama aku tanam anggur kat rumah ni. dapatlah berpeluang jadi suri rumah selama 4bulan. Buat lah basuh baju.sidai baju.lipatbaju .kemas rumah.lap tingkap. Masak dan banyak lagi . Nampak sikit tapi realiti banyak tau .

Moreover. Suri rumah ni full time or 24 jam bekerja tau. Lagi2 kalau kau dah berkahwin. mana lah tahu dapat jodoh dengan suami cerewet . Tengah2 malam time nak tidor tiba2 suami merengek nak minta buat cekodok .kang takk buat derhaka pulak kan ..

Tapi memang pasti kerja suri rumah sangat penat . Lagi2 rumah yang takda pasang orang gaji

Oklahh . Sekian itu je aku rasa nak share..tq

Tuesday 28 April 2015

trauma buat silap

Assalamualaikum semua . Hari ini baik2 saja alhamdulillah .Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup .alhamdulillah . SubhanAllah .

Okkk today i would like to share with you all about what happened on me?? Just now aku naik moto pergi pekan sungai rambai menuju ke merlimau atas tujuan mencari kerja. alhamdulillah sampai ke destinasi. Sebelum pergi kedai baju nak minta kerja . Aku p beli apa yang patut kat kedai sejati tu .

Lepas tu terus g kedai baju tanya kat budak yang jaga kedai . Ada jawatan kosong tak ? Dia kata takda tak pasti nanti dia tanya boss dia . Dia pun suruh aku bagi no phone . Dia tanya aku macam kenal lahh . Al maklumlah aku ni bukan ingat orang sangat . Aku pun tanya yeke . kat mana eh?, rupanya dia bekas pelajar smk sungai rambai . Aku sekolah situ sampai form 3 je pastu pindah . rupanya dia tahu aku kelas rk time form 3. ya Allah jahat nye aku!! Sombongnya aku !! .

Lepas itu terus naik motor balik . Tiba kat selekoh tajam lepas traffic light . Aku pulak bengong sangat sampai tekan minyak time selekoh . Lagilah aku takut nak pusingkan handle . Haha kau tahu sampai makan jalan.. nasib baik . Nasib baik . Nasib baik . Alhamdulillah . Takda keta time tu . cuma ada moto je .

Tapi
kalau ada kereta confirm aku langgar. Hahhah . Lepas buat silap aku terus sengih macam kerang busuk sebab pakcik naik moto tu pandang aku pelik aku selekoh sampai masuk jalan dia . Sumpah aku rasa trauma . Takut pun ada.

Ok lagi satu aku selalu lupa nak padam signal . confident je bawak kat jalan straight tapi bagi signal kiri or kanan. Dah lama2 baru sedar . Mesti orang lain cakap aku gila bagi signal tapi tak gerak2 .

OK MORALNYA
pertama jangan rasa panik kalau rasa buat salah especially di jalan raya . Kalau awak semua panik lagi buruk kesannya .
kedua berkomunikasi dengan menggunakan yang baik .

Hahha ok sekian ..tq for reading mine .

Monday 27 April 2015

lesen #part 1

Assalamualaikum semua. Pertama sekali kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini bagi mengumpul segala bekalan di akhirat. In sha Allah . Alhamdulillah . Maha suci Allah . SubhanAllah .

Sejak beberapa bulan tanam anggur yang tidak akan berbuah di rumah . Sudah lama aku tidak mengupdate something to share with you all. Bukan sibuk seperti mana pm kita.

ok hari ni saya nak share pengalaman pertama mengambil lesen kereta. Ikutkan hati taknak ambil lagi . Katanya belum bersedia. Tapi peluang keemasan yang emak aku tawarkan berat untuk aku menolak.

Hari pertama pakcik Z datang jemput aku. time aku masuk kereta kancil dia dengan sticker L ada seorang pompuan kat bahagian sebelah pemandu. Sebenarnya aku langsung tak kenal and tak pernah tengok muka pakcik z walaupun dia dah ajar dua orang akk aku. Lepas dia jemput aku pakcik tu terus pergi rumah someone perempuan . Time tu aku rasa nervous pulak . Hahahha😆

Tiba kat satu simpang pakcik z suruh kitaorang turun pergi kat kereta kancil dengan sticker L lagi satu yang siap menunggu . Pakcik z suruh kitaorang tumpang abang tu sebab dia nak ambil orang lain .

Kitaorang sampai je kat situ.... ada ramai budak lelaki dan perempuan berkunpul kat situ . First time aku jejakkan kaki kat situ . Ada yang tengah beratur . Ada yang tengah jerit nama orang . Ada yang tengah bergosip . Aku dengan kawan yang baru kenal tadi aini tak tahu nak buat apa . kitaorang just duduk kat kerusi menunggu pakcik z datang . Lebih kurang setengah jam . orang ramai semakin renggang sebab dah masuk bilik masing2 . Ada pakcik cina ni sibuk tanya sorang2 atas urusan apa ... kitaorang elak daripada ditanya terus beratur ..

sedang beratur tanpa hala tuju . Aku terus menelefon pak cik z apa yang patut kami buat . Dia just cakap suruh beratur amik cop jari . Aishhh man . Kalau dari tadi aku tahu kene beratur takde lah kena tunggu lama .

Lepas amik nama cop jari masuklah bilik yang disuruh . Masuk je kene beratur . Lepas selesai tunggu lebih kurang setengah jam . Baru lah sesi ceramah kereta yang paling membosankan . Dah lah mengantuk . Duduk depan sekali sebab bahagian belakang dah penuh . Pakcik yang bagi ceramah dah lah garang . Ishh . Dengar punya dengar ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan . Rehat ...... tunggu 1 jam sambung ceramah tadi . Pakcik garang tu kata nanti ada orang lain sambung . Kita orang semua pun tunggu penceramah kedua datang .. hampir 3 jam kau tahu kene tunggu . aku siap sempat solat zohor . Makan . Tidur bangun balik tidur balik . Hahahah .

Aku dah bengang .. aku mesej pakcik z tanya mana p penceramah tu.. dia pun suruh tunggu lagi . tak lama lepas tu pakcik garang yang tadi datang sambung balik apa yang tak habis tadi . Aisshh baik dia habiskan je tadi .

pukul 4 petang macam tu . sesi ceramah pun habis. Alhamdulillah . Lepas cop jari semua tu pakcik z suruh kitaorang naik dengan anak lelaki dia .

Hah lagi satu aku ni part nak cop jari paling lemah . kadang2 mesin tu tak dapat nak detect ibu jari aku ni . Aishhh . Buat ni tak boleh buat tu takboleh . Sabar je lah . Yang bestnya time nak balik cepat pulak scan .

Lepas balik je kat rumah . Aku terus pergi dapur ambil nasi makan . Lapar sangat even kat sana dah makan . Taklama lepas tu pakcik z ws kat mak aku nak ambil moto sekali tak. esok ceramah dia . Oh my god .. aku pun cakap ngn mak aku . Taknak lah mak . Dahlah cermah ambil masa orang . Penat lah nak dengar . Lepas ambil lesen keta lahh ..

Ok habis ..
moral dari cerita di ats
pertama jangan malu untuk bertanya kalau malu tak maju hidup
kedua gunakan masa yabg terluang dengan aktiviti yang bermanfaat
ketiga sabar dalam menuntut ilmu .

ok sekian terima kasih kerana membaca . Peace ☺