Monday, 4 May 2015

Alhamdulillah.Dapat kerja

Asslammualaikum dan salam sejahtera . Selamat malam kepada semua makhluk di muka bumi ini. Macam biasa . Alhamdulillah . SubhanAllah . Allahuakbar . Selawat ke atas Nabi 7kali.

Ok malam yang penuh binatang cengkerik di rumahku mahupun di wassap mahupun di wechat dan sebagainya. Dengan besar hati nak share pengalaman pertama meminta kerja kosong sementara nak masuk u bulan 7 nanti . Alhamdulillah berjaya menempatkan diri di kptm kl dan dapat program profesional dalam akaun. Alhamdulillah . Banyak juga sebenarnya konflik dalam keluarga yang berlaku tentang masa depan aku .

lebih 5 bulan aku tanam anggur kat rumah . Helllo sapa kata aku duduk rumah tidur layan phone jee . Aktiviti tu memang ada lahh. Aku ni duduk rumah mengalahkan.orang gaji tau . Macam2 perkara aku buat . Duduk rumah lah aku dapat improvekan kemahiran memasak aku. Duduk rumah lah aku dapat berkebun. Duduk rumah lah aku dapat dekatkan diri lebih dengan keluarga . Mana tahu nanti masuk u takdapat balik kampung .hah lagi satu duduk rumah lah aku dapat tambahkan berat badan.

So lagi dua bulan aku nak masuk u . Apa kata aku cari duit dengan bekerja. dapat juga pengalaman. Aku pun berhasrat nak kerja di kilang biskut. Macam best je kerja packing kan. Hahah . Akak aku rekomenkan kat kedai baju razak zainab kat merlimau tu . esoknya aku pergilah tanya ada kerja kosong tak. punya lama aku tunggu dia kol.

Hari ini dalam sejarah aku beranikan diri untuk jadi lebih matang pergi ke kilang biskut lebih kurang 10 min dari rumah kat kesang laut . Aku pergi naik moto dengan seorang diri. Aku cabar diri aku.. before pergi lagi kat rumah aku berdoa naik kenderaan dan baca ayat kursi . Sebab kelebihan baca ayat kursi sebelum keluar. In sha Allah diri kita akan dilindungi olehNya .

Aku pun mengharungi tarffic light ... jumpa u turn pusing . N then belok kiri . tegak jeeeeeee. Ada simpang lagi belok kiri .tegak jeeee. Akhirnya jumpa jugak. Cuak juga sebenarnya takut tak jumpa kilang tu . Hahah alhamdulillah sampai jugak.

Aku cabar diri aku tanya kat pejabat dia minta kerja kosong . Dan bla bla bla bla.. balik lahh . Dia suruh aku datang esok . Maknanya aku dapat lah kan .tapi tula kena bayar rm 30 sebgai deposit . Dengar kata baju kerja maybe takdapat . Harap2 aku berdoa dapat lahh baju kerja . Sekurangnya ada lah bukti aku bekerja sementara masuk u .

Esok dah start kerja . Terima kasih baca catatan saya . Selamat malam . Muahhhhh . Assalammualaikum .

No comments:

Post a Comment